Kriteria Kemasukan Pelatih ke PPDK

Berumur 18 tahun dan ke atas

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Tidak menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Senarai Dokumen Yang Diperlukan


Cara Permohonan ke PPDK

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman sesawang Jabatan Kebajikan Malaysia. Klik disini untuk memohon

Permohonan boleh dibuat terus ke PPDK yang berhampiran dalam komuniti dengan mengisi Borang Pendaftaran Pelatih PPDK


Sekiranya tiada maklumat berkaitan PDK yang berhampiran, boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Soalan Lazim

PDK adalah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya(JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah.

Terdapat tiga model iaitu :-

  1. Home Based
  2. Centre Based
  3. Centre- Home Based

Aktiviti yang ada di PDK adalah :-

i.      Kemahiran Motor Kasar
ii.     Kemahiran Motor Halus
iii.    Perkembangan Sosial
iv.    Perkembangan Bahasa
v.     Pengurusan Diri
vi.    3 M (Membaca, Menulis dan Mengira)
vii.   Permainan, Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan
viii.  Latihan Vokasional
ix.    Terapi Muzik
x.     Sukan Special Olympics
xi.    Terapi Berkuda

Pelatih OKU hanya boleh menerima satu sahaja Elaun Khas OKU sama ada daripada PDK / Sekolah Pendidikan Khas / Pertubuhan Sukarela (NGO).