Aktiviti pelatih PDK Bitara bersama Jurupulih Perubatan Cara Kerja

  • Post author:
  • Post last modified:December 23, 2024
  • Post comments:0 Comments

Tarikh & Hari: 10 Januari 2024 (Rabu)
Tema: Aktiviti Kehidupan Seharian
Intervensi: Penyediaan makanan bertih jagung karamel

Objektif :

  1. Pelatih berkemahiran menyediakan peralatan yang akan digunakan sebelum memasak.
  2. Pelatih mengamalkan penjagaan kebersihan kendiri sepanjang aktiviti.
  3. Pelatih berkemahiran menghidupkan api dapur gas.
  4. Pelatih berkemahiran menyediakan bahan untuk memasak bertih jagung dengan betul.
  5. Pelatih berkemahiran menyediakan bahan untuk memasak karamel dengan betul.
  6. Pelatih berkemahiran memasak bertih jagung dengan betul.
  7. Pelatih berkemahiran memasak karamel dengan betul.
  8. Pelatih berkemahiran menutup api dapur gas.
  9. Pelatih berkemahiran mengisi bungkusan bertih jagung karamel.
  10. Pelatih berkemahiran mengikat bungkusan bertih jagung dengan betul.
  11. Pelatih berkemahiran mengemas peralatan yang telah digunakan setelah memasak.
  12. Pelatih memastikan persekitaran bilik bersih selepas selesai aktiviti.

Cadangan Intervensi :

  1. Tayangan video pendek mengenai cara memasak bertih jagung caramel.
  2. Bantuan kad gambar peringatan penjagaan kebersihan kendiri; membasuh tangan, memakai sarung tangan dan membuang sampah.
  3. Bantuan kad gambar peralatan bakeri.
  4. Latihan pengendalian dapur gas.

#PDKBitaraUPSI

#TerapiCaraKerja

Leave a Reply